Monday 3 October 2011

CORAT CORET ASAM BERGULA...

            Hari ini hari pertama aku masuk ke kelas 1 Amanah selepas cuti yang panjang. Dengan penuh perasaan rindu dan semangat berkobar-kobar, aku greet mereka, ‘Good morning class!”.. Iqbal si ketua kelas memimpin kelasnya, “good morning teacher..”aku senyumm je sambil tengok satu kelas. Ishhh rindu sangat aku kat mereka ni.
            Tiba-tiba aku terpandang seorang murid yang memang selalu aku beri lebih perhatian sikit, iaitu Syakir. Dia duduk di kerusinya sambil melihat kearahku.
“Haa Syakir kenapa tak nak bangun ni haa?” Dengan suara pelat dia kata “Syakir tak nak..” “Kenapa?” dia menggeleng kepala. Ishh dia buat dah perangai dia. Otak aku pun berjalan…
            “Ok teacher ade coklat ni. Kalau syakir nak, syakir mesti datang depan”. “Ok,”dia kata sambil tersengih. Dia pun datang ke depan.
            Dari jauh dia datang dengan lenggang dia. Aduhai geram aku tengok. Aikkkk tiba-tiba mata aku terbeliak.
“apsal pakai kasut terbalik ni ha?” “betul la,” dia kata. Pandai pulak menjawab dia ni. “Salahhh,” aku kata lagi. “Betul laaaaaaa!” Haa dia dah naik syeikh. Ishh geram dah aku ni…
            Aku pun cabut kasut aku, aku berjalan ke arah dia dengan kasut terbalik, kasut kiri aku pakai belah kanan, kasut kanan pulak aku pakai belah kiri, alah macam si syakir tu buat la.. apa lagi….
“teacher, tu talah tu..,” dia kata. Aikk ade respon.. “ishh betul la ni,” aku pulak kata. “talahhhh, tu terbalik,” dia marah-marah. “pastu macam mana?” aku tanya dia sambil buat muka tiga suku.
            “macam niiii..,” dia pun buka kasut dia dan pakai kasut dengan cara yang bertamadun.. Yesss berjaya aku.. Hehehe reverse psychology… 

No comments:

Post a Comment